Pages

Saturday, April 23, 2011

hmmm......alasan ?!

assalamualaikum :)
amiez nk share satu artikel hari nie pasal 'tudung'
amiez dpt artikel nie dari group mujahidah kat facebook..
thx ya....
harap korang semua sudi2 lah bace yea
.
.
.

ALASAN2 KEBIASAAN MEREKA... mm,, sekadar perkongsian utk djdkn sbg renugn n muhasbh dri brsme.. insyaAllah.. :)

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

~ ”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

~ "Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:

§ Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat?

§ Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

§ Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda?

§ Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1] biarlah ikhlas krnNya.. mnutup aurat itu adlh WAJIB..

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

~ "Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

~ “Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

~ “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

~ “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

§ Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).. Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

§ Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak.

§ Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

§ Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar, Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

~"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

~“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

~“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

§ Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri.

§ Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.

§ Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

§ Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya atau kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

§ Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

§ Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

§ Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]

4. Menunggu seru untuk bertudung?

~ “Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

~ “Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

~“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

§ Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi

Allah sygkn kite, n Allah trlalu sygkn kte...♥♥♥ Subhanallah.. klau brg milik kite, ap yg kte syg & hrgai msty kte nk jge dgn sbaik2nye kn.. kte mungkin akn balut or smpul kms2 or wt ap yg ptut utk pstikn bnde tu dlm keadan yg bek kn... haa mcm tu jugklh slh stu cre Allah nk tnjukkn ksih sygNya pd kte.. :)

Allah mnghargai kaum hawa dgn mnsyariatkn prbtsn aurat, insyaAllah dgn tabir dri, kte akn trplihare cntik, unggul n istimewa..... igtlh Allah syg kn kte , bgitulh Allah nk sruh kte plihare aurat , klau kte xnk ssuatu yg trcmr oleh debu, bgitulh Allah x nk aurat kte trcmr oleh pndngn kjahatn,,

sye akui kte x bley nilai ssorg mlalui pakaiannye smate2.. wnita yg mnutup aurat dgn smpurna pun ad dntranye yg tiada akhlak yg bek... tp yg brslh itu adlh wnita itu sndri bkn pakaiannye.. wlaupun akhlaknye truk, skurng2 kurngnye.. die dh trlps drpd dosa mnddhkn aurat.. bg yg x tutop aurat die mungkin dmuliakn oleh Allah dgn kbaiknnye tp die ttp tdk trlps drp dose x tutop aurat tu.. ,, mcm mne pun kte hndklh berbaek sngke , syg mnyayangi, hormt mnghormati & sling mndoakn antra stu sme len.. wallahu'alam.. :)

jd ap slhnye kte bls tnde ksih syg kte kpd Allah yg sgt mnyayangi hmbaNya wlaupun kte ni bnyk kkurngn,, ssunguhnya Allah itu Maha Pengampun & Maha Penyayang..

jd sme2lh kte cube usaha tuk mnjd hmbaNya yg cmrlng dlm smua aspek, akhlak cmerlng, mnutup aurt pun cmerlng n sumenye pun cmerlng..insyaAllah.. :)

fahamilh mksud tnda syg sorg muslim itu pd saudaranya iaitu apbila die mnyampaikn kbenarn agr drinya & sudaranye itu trlps drpd azabNya dsna, insyaAllah...

lbih indh lg apbila mekarnya suasana brpsn2 dgn kbenarn & brpsn2 dgn ksabrn dgn cre yg berhikmah sprti mne Rasulullah ajrkn pd kte umatnya.. insyaAllah.. & INGAT lh bhawa Allah itu Maha Penyayang & Maha Pengampun.. :)

maaf sgt2 klau slh bcare ye, tuk pringatn dri ini juga.. yg baek itu sumenye dtg dr Allah, yg kurng n buruk itu dtg dr klemhn n kkurngn yg ad pd dri sye sndri, sme2 lh kte btulkn dgn cre yg brhikmah..insyaAllah.. wallahu'alam.. ^_^

ilmu dr sumber tautan hati & 'Alimin Al-Mujahidin..

No comments:

Post a Comment