Pages

Thursday, August 28, 2014

# 20 - Azam sem baru :)

Assalamualaikum  :))
apa khabar iman anda semua hari ini ??


Pejam celik, pejam celik, amiez dah nak masuk third year dah. Tak sangka lagi 2 tahun nak grad. amiez nak tanya ni, pernah tak korang bila masuk sem baru atau tahun baru, korang mesti simpan azam yang berkobar-kobar. Let say, 'nak belajar sungguh-sungguh, tak nak tangguh kerja, nak start belajar dari awal, nak dapat itu, nak dapat ini'. Tapi, at the end, semua tu tinggal harapan je, harapan yang tak pernah tercapai. Bila minggu exam start, korang mulalah menyesal,' kalaulah aku dulu begini, kalaulah aku dulu tak buat macam tu, kalaulah aku dulu belajar sungguh-sungguh...'.
Pernah tak?? .....angkat tgn slow-slow,  amiez lettew.. (sapa yang angkat tangan juga, kita geng. HAHA)


so, how to overcome? how to achieve my target??
howww????!

cool down, cool down...its easy, depends on you, how you handle it! got it?

but how?? mind to share more??


1. Berubah dengan ilmu bukan dengan emosi.
Selalunya, kita pasti berazam dengan emosi (semangat). Emosi ini bagus, sebab boleh bantu kita untuk berubah tapi emosi ni tak kekal. Emosi akan hilang. Tapi kalau di dasari dengan ilmu, barulah kita tak cepat goyah bila ujian tiba. betul tak?

2. Faktor persekitaraan.
Faktor persekitaraan anda sangat penting! Cuba bayangkan anda dikelilingi dengan persekitaran positive yang dapat membantu anda menghadapi dugaan atau menguatkan anda untuk mencapai azam anda. mesti bestkan!
tapi selalunya, setiap kali kita nak berubah nak jadi lebih baik, pasti akan ada orang yang pandang rendah atas usaha kita. terutama pandangan kawan kitalah..disebabkan itu, kita rasa susah, rasa payah untuk berubah. ughhh. abaikan mereka-mereka itu. Cuba hayati ayat ni:
" Dunia dalaman saya membentuk dunia luaran, bukan dunia luaran membentuk dunia dalaman"-Prof Dr Muhaya-
So, kalau nak berubah, jangan mudah di pengaruhi oleh dunia luaran, tapi pastikan dunia dalaman anda yang mempengaruhi persekitaran (dunia luaran).

3. Amalkan doa setiap hari.
Allahumma zukna istiqomah 
Ya Allah kurniakan kami istiqomah
Cuba amalkan doa ini setiap hari atau sebelum tidur, tampal doa ini di pintu bilik atau ditempat-tempat yang anda boleh perasan. Secara tak langsung, anda cuba untuk ingati diri anda untuk menjadi lebih baik. Dalam masa yang sama anda telah menghantar isyarat kepada minda separa sedar bahawa anda nak berubah, anda nak kekal dalam perubahan ini, anda nak istiqomah. Semoga Allah permudahkan. 

4. Bagaimana kita melihat ujian itu sebagai cabaran.
Siapa cakap nak berubah senang? susah kot..nak keluar dari zon selesa lagi...dushh.
Pastinya kalau nak berubah kita kena keluar dari 'comfort zone' (zon selesa) dan sudah pasti ada ujian dan rintangan yang perlu kita hadapi sebelum berjaya. Apa yang membezakan kita adalah cara anda melihat ujian tersebut.
 Kalau anda melihat ujian tersebut sebagai penghalang untuk anda berjaya, sudah pasti anda akan memberi bermacam alasan dan pastinya anda tidak berusaha sehabis mungkin.
Tapi, jika anda melihat ujian tersebut sebagai cabaran atau anjakan untuk berjaya, anda pasti berusaha sehabis baik, dan secara tidak langsung anda tidak pernah terfikir bahawa ujian itu masalah kepada anda sebaliknya cabaran buat diri anda..
So, lepas ni bila nampak ujian , cakap kat diri sendiri: 
'Wahai ujian aku akan menghadapi kamu, supaya aku lebih maju ke hadapan.'

5. Ikut kemampuan diri.
Perancangan itu sangan penting jika kita nak berubah. Ada azam baru pasti ada perancangan juga kan. Takkan dah berazam tapi cara nak melaksanakan tak ada?? Kalau macam tu, sampai bila pun tak boleh nak capai azam laaa...-facepalm-
So, anda haruslah buat perancangan, susun jadual harian anda, buat sasaran (goal) setiap hari atau setiap minggu, buat refleksi (muhasabah) andai anda tidak mencapai sasaran tersebut. Perancangan anda harus ikut kemampuan diri anda sendiri, jangan terlebih-lebih pulak...sebab kalau anda rancang diluar kemampuan anda, mungkin anda akan give up awal sebab anda tak mampu nak follow jadual yang anda buat. 
Kalau betul nak berubah aspek begini perlu diambil berat, occay!

6. Tahu kelemahan diri.
Mengetahui kekurangan dalam diri kita bukanlah hal yang buruk, bahkan menjadi poin positif bila kita memanfaatkannya sebagai motivasi untuk membangun kekuatan. Kita dapat belajar dari kelemahan diri kita. Bila kita sudah mengetahui kelemahan diri kita, kita pasti akan berusaha mengubah kelemahan tersebut menjadi kekuatan bagi diri kita.
Bila kita kenal dengan diri kita, senangla untuk kita berubah menjadi lebih baik. 

7. Minda yang positif.
Point last, pastikan and mempunyai minda yang positif, elakkan dari mengeluh, elakkan dari mendengar apa orang kata. it's all negative. So, buang jauh-jauh tabiat ni. Just be yourself. Think-Do-Be Positive!
Minda negatif akan berkata, saya tidak boleh. Tetapi, minda yang positif akan berkata, saya belum boleh.
Ada perbezaan di situ. Jika kita berkata tidak, sudah pasti menunjukkan kita dah putus asa, tapi jika kita kata belum, means kita masih berusaha untuk berjaya, cuma belum berjaya. :')



:')
Stay clear of what and why you want to achieve in life. It’s so easy to get pulled into others’ existing races, but the competition that should matter to you is the one you set competing against yourself.
And this, I tell myself everyday.


1 comment: