Pages

Tuesday, August 19, 2014

REVIEW: Perang Badar


Assalamualaikum !


Topik hari ini: Perang Badar. 
so, Perang Badar ni merupakan Perang Pertama dalam sejarah Islam. Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah..
Kalau nak tahu lebih lanjut, baca buku pasal Perang Badar. macam-macam input boleh dapat. Apa yang saya sertakan disini hanya sebahagian kecil peristiwa yang berlaku semasa Perang Badar.
so, lets check out... (credit from other blog)
Pengenalan :
  • Konsep perang/jihad dalam Islam.
  • Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah.
  • Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai oleh Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.
Peristiwa Perang Badar
  • Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh – apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40.
  • Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah tersebut.
  •  Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.
  • Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.
  • Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orang­orang Islam terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang.
  • Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.
  • Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang – 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, al­Walid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketiga­tiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan.
  • Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan. Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.
Isi :Kepentingan Perang Badar
  • Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umat Islam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa.
  • Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kali pertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak Musyrikin Mekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utama daripada kuantiti.
  • Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t. telah menolong mereka dengan menurunkan tentera – seribu malaikat bagi memusnahkan pihak musuh.
  • Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot. Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al-Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lain-lain.
  • Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangan daripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka dan meningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t.
  • Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yang teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mula meragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentang kesahihan ajaran Islam.
  • Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagai contohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil.
  • Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umat Islam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan.
  • Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan.
  • Kepimpinan Rasulullah s.a.w  sebagai . pemimpin agung. Membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan.
  • Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dancabaran.
  • Mengutamakan aspek pendidikan.
Kesimpulan :Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihak musuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin mereka kerana la berlaku adalah di luar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam.



okay dah habis baca?
sebagai hadiah buat korang, amiez sertakan handout berbentuk PDF, boleh lah korang semak n cerita pulak bersama ahli-ahli usrah, parent, kawan-kawan, jiran sebelah rumah dan seangkatan dengannya.
Handout ni amiez buat sendiri tau. Kalau nak sebar-sebarkan ambil je, okay. saya izinkan.


that's all. jumpa lagi!
assalamualaikum!

2 comments:

  1. assalamualaikum. mcm mane nk follow ye? btw come and support my giveaway from moscow! :)

    http://perksofbeingeva.blogspot.com/2014/08/giveaway-saya-nak-poskad-dari-moscow.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. boleh follow dah. orait, i will support your GA ^^..
      btw, why not you write more about moscow?? i want to know more about their culture, places, foods, etc.. Glad to see more post from you. ^^
      gud luck in your studies :))

      Delete