Pages

Saturday, September 20, 2014

#28 - aku pendosa

Assalamualaikum and holaa  :))

apa khabar iman semua ? sihat? dah recharge iman? 
mudah-mudahan semua dalam lindungan rahmat-Nya. :)

kredit

Hujan lebat mencurah kini, 
bagaikan tiada erti, 
kau lah laguku, kau irama terindah, tak dapat ku dengari,
kau pergi ~



Aku pasti, setiap orang punya kisah tersendiri,
Kisah yang mungkin diungkap mahu pun kisah yang di pendam, yang mungkin barangkali telah di kunci dalam-dalam di suatu sudut hati.
Kemas di simpan dari dunia luar.

Manusia punya banyak kisah. Tapi, tak semua orang tahu kisah kita. 
Katanya, orang kenal kita. Tapi mana mungkin seseorang itu sangat kenal akan diri kita.
Mungkin mereka tahu kisah kita. Tapi tak mungkin semua. Hanya sebahagian sahaja.
Lalu untuk apa, kita menipu diri mengatakan kita kenal mereka?
Kau dan aku, pasti barangkali punya kisah yang terpendam, punya rahsia yang tak boleh diungkapkan.

Aku teringat kisah yang pernah ku baca suatu ketika dulu. Kisah mengenai Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu untuk menilai agama dan akhlak seseorang itu. Lalu, ketika itu, datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang,
Umar bertanyakan :

            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

Andai ditanya semua soalan di atas, barangkali mungkin kita tidak mampu menjawab semua pertanyaan tersebut.
Sungguh, aku belum kenal kamu, dan aku pasti, kamu jua tidak kenal siapa diriku sebenar-benarnya.
Mungkinkah kamu hanya mengenali akan lakonan ku sahaja??
Lalu untuk apa, kita masih menipu diri mengatakan kita kenal mereka??

kredit

Aku cuma pendosa, 
Aku cuma gadis biasa, personaliti, perwatakan, pemakaian aku belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati.
Tapi Allah telah menghadirkan insan-insan yang sangat aku sayang kerana Allah, yang membantu ku dalam perjalanan menuju syurga :)
Allah itu Maha Penyanyang, tidak dibiarkan seseorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya. Allah~

Aku seorang pendosa tanpa nokhtah,
Aku solat, cuma kadangnya aku jua lalai. 
Aku puasa, tapi kadangnya, cuma lapar dan dahaga saja aku dapat.
Aku beragama Islam, tapi aku sedar, Islam ku belum cukup sempurna. masih banyak yang perlu pelajari, masih banyak yang ku perlu buat.

kredit



kerana aku cuma hamba, 
seorang pendosa tanpa nokhtah!


3 comments:

  1. Singgah di sini membaca blog anda ..moga bermanfaat buat semua.

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dapat memperbaiki diri kita dari hari ke sehari.

    ReplyDelete