Pages

Thursday, November 6, 2014

# 42 - Luka

Assalamualaikum dan hi  :)



Situasi pertama
Sejak kebelakangan ni, amiez banyak main hoki. agak lasak sebenarnya. Suatu hari tu, jari amiez berdarah, terseret di atas lantai...ouchhh....okay berdarah....sakit.
walaupun amiez ambil bidang farmasi, tapi still tak tahu nak buat apa. ....oh my knowledge !
Telefon mak, tanya apa yang patut dibuat. mak suggest letak minyak gamat je....

Situasi yang ke dua
Waktu tu amiez tengah tunggu lif, lepastu, amiez terdengar bunyi orang jatuh. amiez pun lari pergi tengok..amiez lihat seorang nenek tua terjatuh dan cucu dia dalam lingkungan 15 tahun menggelabah tak tahu nak buat apa ...nasib la waktu tu kebetulan seorang Prof lalu...kalau tak amiez memang tak tahu nak buat apa...fuhhh


Dua situasi di atas buat amiez berfikir panjang sebelum kelas seterusnya bermula....
Adakah amiez dah bersedia untuk menempuh dunia luar? Masih banyak lagi ilmu yang amiez perlu cari, masih banyak lagi ilmu yang belum di praktis kan....amiez sepatutnya sentiasa bersedia, tapi bila berada dalam situasi tersebut, amiez blank...
yup, bidang ni bukan mudah dan bukan juga susah. it deals with human life...So, what if I make mistake in the future because I'm not focusing today ? urghhh...
I need to study more and more,
jatuh, bangun cepat-cepat dan kejar !!

orang cakap follow the flow,

tapi, bagi amiez ' let the flow follow us'



:')

1 comment:

  1. Mesti ada rasa gitu. Takut bila dh keje nnti, mampu ke nak hadapi segala cabaran. Semoga Allah permudahkan segalah urusan amiez :)

    ReplyDelete