Pages

Wednesday, November 12, 2014

# 44 - Solat itu wajib dalam semua keadaan walaupun sakit!

Assalamualaikum :)

source:  sini



Solatlah walau dalam keadaan sakit.. kerana pada ketika itu anda sendang diuji olehNYA. Mohon doa dan tunaikanlah tanggungjawab dan amanah walaupun ketika sakit. Ramai yang tak tahu dan tak pernah ambil tahu. Bertayamum tak semestinya dengan debu.. tak semestinya dengan spray air.



Amiez terkejut dengan artikel ni selepas melihat satu post di facebook mengenai kajian ini. 20% pesakit sahaja yang solat, means, 80% pesakit yang lain tidak solat semasa 'admit' di wad!

This is serious!

.


kenapa perlu tunggu ustaz dan ustazah untuk masuk dan mengajar pesakit-pesakit ini mengenai cara solat ketika sakit?
apa tugas kita sebagai seorang muslim yang sebenar-benarnya?

Kalau anda seorang doktor, jadilah doktor yang bertakwa.
Kalau anda seorang jururawat, jadilah jururawat yang bertakwa,
Apa salahnya jika anda mengejut pesakit-pesakit ini untuk solat subuh.
Apa salahnya jika anda mengajak mereka untuk bersolat.
Apa salahnya jika anda menimba sedikit ilmu mengenai cara solat di waktu sakit dan anda mengajar pula kepada pesakit-pesakit anda.
Apa salahnya, sebelum clerk patient tu, tanya-tanyalah samada dah solat  atau belum...
Kalau saya yang jadi patient, insyaAllah pasti saya tersentuh sebab mengambil tahu kesihatan rohani saya juga...  :)
InsyaAllah ganjaran pahala pasti menanti anda!



Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)




Solat itu WAJIB dalam semua keadaan.  Ramai antara kita yang terlantar sakit dan meninggalkan solat dengan alasan Allah tahu kita sakit. Solat itu tetap wajib dalam semua keadaan. Ya, WAJIB. Bagaimanapun, solat masih ada keringanan dalam cara melakukan solat bagi orang sakit. 




Pada yang mempunyai ibubapa atau saudara-mara atau rakan-rakan yang terlantar sakit di hospital atau di rumah,  bantulah mereka melakukan solat mengikut kemampuan mereka. Ramai yang memandang ringan soal ini. Jika mereka terlantar sakit disebabkan ajal yang semakin hampir, bayangkan jika mereka menemui Tuhan dengan keadaan yang berdosa kerana meninggalkan solat. Bagaimana nasib mereka 'di sana' nanti.
source: sini 





Amiez ada  pengalaman yang nak dikongsi semasa berada di hospital untuk menemani adik amiez yang sakit. surau di setiap wad kecil sahaja, hanya beberapa orang sahaja yang muat. Semasa amiez solat zuhur, tiba-tiba ada seorang pesakit masuk ditemani kakaknya yang membantu dia bersolat. Allah...tersentuh hati melihat kesungguhan dia bersolat...gagah bangun untuk solat sambil berdiri walaupun menghidap penyakit kronik iaitu leukemia.

Satu lagi kisah di wad yang sama, seorang budak lelaki (dalam linkungan sekolah rendah) sentiasa solat berjemaah di surau hospital tersebut mengikut ayahnya ke surau setiap kali azan dilaungkan. Allahh... hebatnya ibu bapa nya yang mengajarnya betapa pentingnya solat!



Ayuh, ummat kita bangkit dan amalkan islam yang sebenar-benarnya!
tak susah pun.
Apa sahaja yang kita lakukan biarlah niat yang baik-baik sahaja.
biarlah kita menjadi muslim atau muslimah yang bertakwa...
Walau luar nampak biasa-biasa saja, tapi biar dada kita diisi penuh dengan ilmu.
masih belum terlambat untuk kita berubah!!ayuh, wake up!



1 comment:

  1. betul tu. dalam keadaan sakit pun solat jangan tinggal, tambah la yang sihat walafiat. *peringatan buat diri saya jugak.

    ReplyDelete