Pages

Sunday, November 30, 2014

# 46 - cara hilangkan tompokan softener pada baju

Asslamualaikum n hi

Lamanya amiez tak update kat sini. Minta maaf incik blogg, buzy sangat-sangat minggu ni.

Pernah tak korang basuh baju, then korang realize yang baju tu ada stain (tompokan) softener. pernah?
It's happen to me today. waktu amiez nak sidai baju , baru terperasan ada sehelai baju yang jadi macam tu, nampak kesan-kesan stain, ingatkan sebab ada baju lain yang luntur warna....Lepas tengok baju tu jadi macam tu, amiez rasa macam nak pitam, sebab tu baju orang kot...haha, baju jersi nak main hoki. Then, amiez cepat-cepat pergi rendam semula plus tambah serbuk pencuci dengaan harapan tompokan tu kembali kepada asal. Hampa. tompokan tu still ada, tak hilang walau sedikit pun...

Lepas tu, amiez biarkan baju tu terendam dalam tandas, dan amiez masuk bilik untuk google untuk mencari solusi...banyak website cerita cara nak mencegah dari terkena tompokan macam tu...Okay, then amiez terjumpa satu website wikihow. Alhamdulillah, akhirnyaaa, berjaya juga stain tu keluar...nak tahu macam mana?

caranya begini:

  1. Basahkan dengan air suam dan air panas. Kalau baju tu tak boleh kena air panas, guna air sejuk pun tak apa. Nanti tak pasal-pasal rosak baju tu.
  2. Gunakan sabun mandi buku(bar soap), kalau boleh yang bewarna putih. (tapi amiez guna je yg kaler kuning tadi. haha). Lepastu, gosok ke atas permukaan yang terkena stain tadi..gosok, then berus-berus sikit...
  3. Basuh baju tersebut dan lihat hasilnya.
Okay kalau tak ada bar soap, try guna shampoo, or body wash or dish soap. (amiez tak pernah try alternative ni pulak)

Kalau nak tahu lebih lanjut , baca sendiri kat wikihow, occay?


2 comments:

  1. owh, guna sabun buku pun boleh rupanya. tq sharing! banyak gak baju yang ada kesan tompok softener ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah boleh. baru try tadi...hehe...kalau tk dpt keluar, try basahkan dengan air suam dulu.

      Delete