Pages

Friday, May 22, 2015

#65

Assalamualaikum and hai semua.

dah lama aku tak luah isi hati aku kat sini. sebenarnya sejak last week, mood aku agak tak menentu. segala apa yang aku buat serba tak kena. semualah kira...mungkin ada satu word yang dapat describe semua ni. depressed!

Kadang aku tak mampu nak memberi sepenuh commitment sebagai seorang pelajar. aku rasa cabaran semakin lama, semakin besar. sampai tak tertanggung beban kat bahu ni. Apa yang mampu aku buat ialah, berdiri dan terus mengorak langkah menuju ke depan. Hanya ada satu pepatah yang aku masih guna sehingga sekarang. tak lain tak bukan, aut coepisse noli aut confice! Accomplish or do not begin!


Langkah diatur kemas menuju ke perpustakaan, dengan harapan akan mendapat sedikit internet connection untuk aku membuat carian bagi menyiapkan literature review ni. dah lama wifi Jaring hilang dari kolej aku, menyebabkan aku terpaksa keluar ke library. sedang aku leka membuat kerja-kerja aku tiba-tiba...tup...lampu di dalam library terpadam, mahu saja aku menangis pada saat itu, segala kerja yang aku lakukan di dalam laptop turut juga hilang. tapi aku control cool saja, padahal bergenang je air mata tu.

Kemudian, aku kemas semua barang, aku mencapai telefon dan terus menghubungi insan yang paling aku sayang. aku mngadu pada mak masalah yang aku hadapi. sepertinya aku sudah hilang kekuatan, aku katakan pada mak aku nak balik rumah sekarang juga. lalu, dengan pantas aku mempercepatkan hayunan langkah kaki ku ke tempat menunggu bas.  seusai sampai di sana, aku berjumpa dengan kawan-kawan aku yang lain. salah seorang daripada mereka mengajak aku ke national library esok hari. aku setuju. aku col mak, untuk memberitahu bahawa aku tak jadi balik, kemudian entah kenapa aku burst in tears, aku malu, tapi, aku tak dapat nak controlled air mata aku. sedih, pilu, memang aku dah tak tahan dah menanggung beban semua. mujurlah ada seorang kawan masih di sisi ku ketika itu, tapi yang aku pelik ialah, dia turut sama menangis di sebelah ku. haha, tapi , seriously, aku tak tahu dia menangis kerana apa. mungkin kah, ini menjadi bukti kepada satu pepatah melayu, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah sekali.


okay abaikan.


seriesly, post kali ni ialah mengenai cerita  aku yang berlaku hari ini.
I'm in deep pain.

its hurt
help!



No comments:

Post a Comment