Pages

Sunday, May 31, 2015

self-reminder # 9 : tanya pada diri....





Tanya pada diri, bila kali terakhir aku menangis mengenangkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan.

Tanya pada diri, bila kali terakhir aku seronok mengenangkan nikmatnya beribadah di sepertiga malam.

Tanya pada diri, kenapa aku semakin jauh dari Allah.

Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi rindukan Rasulullah.

Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi membaca al-Quran, berzikir mengagungkan Allah.

Tanya pada diri, kenapa aku terlalu cintakan dunia.

Tanya pada diri, kenapa aku tak muhasabah semua persoalan ini?

Dah tanya pada diri? Carilah Allah...


Dari Team Tarbiah Sentap



jom sama-sama tanya diri, recharge iman. jommm!
nak masuk syurga kan? syurga kan mahal, berkorban la sikit kat dunia ni. tinggalkan hiburan dunia, okay?
 jom melangkah mencari bekalan untuk perjalanan ke sana nanti. 
:)

No comments:

Post a Comment